PEMERISAAN SENDIRI PAYUDARA(PSP) SAYANGILAH NYAWA ANDA PSP MESTILAH DILAKUKAN Anda melakukannya setiap bulan .Jika anda masih datang haid,PSP mestilah dilakukan diantara hari ke 7 hinggga hari ke 10 selepas bermulanya haid anda.Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid ,PSP mestilah dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan.Pilih hari yang mudah diingati ,setiap hari pertama atau hari terakhir pada bulan tersebut.
CARA MELAKUKAN PSP Ia boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu,melihat perubahan dihadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.
TANDA-TANDA AMARAN YANG PERLU DIPERHATIKAN SEMASA PEMERIKSAAN @Benjolan di payudara atau ketiak @Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa @Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara @Puting payudara tertarik ke dalam @Perdarahan atau lelehan yang luar biasa dari puting payudara.
RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA *Cegah kanser payudara dengan PSP setiap bulan *Jadikan PSP sebahagian dari cara hidup anda *Jika anda merasa sebarang benjolan luarbiasa dipayudara anda sila jumpa doktor dengan segera. Ingat! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DI KESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.
SARINGAN KANSER PAYUDARA (MEMOGRAM) SECARA PERCUMA
Wanita yang berisiko tinggi adalah wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor pada kumpulan kretiria A atau sekurang-kurangnya dua faktor pada kumpulan kretiria B(untuk keterangan lanjut datanglah ke klinik yang berdekatan)
KANSER SERVIKS Mungkinkah saya? Apakah itu serviks?
Apakah itu kanser serviks Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah keadaan apabila sel-sel diserviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.